My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 December 2016

    Cuba Seludup 1,400 Kura-Kura



    Hajat enam lelaki untuk mengaut keuntungan mudah dengan menyeludup keluar kira-kira 1,400 ekor kura-kura ke negara jiran tidak kesampaian apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Gaya di sini awal pagi semalam. 

    Kesemua suspek berusia 23 hingga 44 tahun termasuk empat warga asing itu ditahan pada pukul 3 pagi di dalam sebuah bot ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke perairan Pulau Mengalum di sini.

    Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, bot tersebut dikatakan bergerak dalam keadaan bergelap dan mencurigakan menuju ke laut sebelum dikesan bot APMM. Katanya, bot APMM kemudian menghampiri bot dan mendapati terdapat enam lelaki berada di atas bot berkenaan.

    “Pemeriksaan lanjut menemui beberapa bakul yang disembunyikan di bawah petak ikan yang mengandu­ngi lebih kurang 1,400 ekor kura-kura. Kesemua kura-kura itu dipercayai untuk dihantar ke kawasan Pulau Mengalum sebelum dipunggah masuk ke dalam bot nelayan yang sedang menunggu bagi tujuan diseludup keluar ke negara luar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cuba Seludup 1,400 Kura-Kura Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top