Selepas Moana, animasi Sing yang memaparkan kisah haiwan comel menyanyi sesuai ditonton seisi keluarga pada musim percutian sekolah ini. Mula ditayangkan hari ini, animasi arahan Garth Jennings itu menggunakan suara pelakon Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Scarlett Johansson dan Taron Egerton.

Bukan saja berlakon, aktor berusia 27 tahun ini juga berbakat sebagai penyanyi apabila perlu menyanyikan lagu John Legend, Sam Smith dan Elton John. “Pengalaman ini sangat berharga dan babak kegemaran saya adalah konsert di kemuncak cerita,” katanya.
Antara lagu yang dimainkan dalam Sing adalah Call Me Maybe, Shake It Off, My Way, Don’t You Worry ‘Bout A Thing, Butterfly, Anaconda, Stay With Me dan Bad Romance. Sementara itu, tayangan perdana Sing yang berlangsung di Los Angeles, Sabtu lalu dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan pelakon bersama anak mereka.

Selepas beberapa persembahannya gagal, Buster mendapat idea untuk menganjurkan pertandingan menyanyi dan menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang. Bagaimanapun, berlaku kesilapan apabila hadiah yang dipaparkan dalam iklan lebih besar daripada jumlah sebenar. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Buster berupaya mencari idea bagi menyelesaikan masalahnya.
0 comments:
Post a Comment