Biarpun dianggap sebagai pemain veteran pada usia 35 tahun, namun sentuhan gol penyerang antarabangsa Sweden itu masih berbisa apabila sudah menjaringkan 12 gol dalam 18 perlawanan setakat ini, sekali gus menutup mulut pengkritik.
Pengurus United, Jose Mourinho percaya bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu memandangkan dia hanya menyertai United musim ini dengan perjanjian semusim.
“Belum ada apa-apa perjanjian lagi, namun saya yakin dia akan memperbaharui kontraknya bersama pasukan ini. Dia seorang pemain serta individu yang bijak kerana dia tahu dia mampu untuk bersaing dalam Liga Perdana.
“Saya tahu dia bukan datang ke sini sekadar suka-suka sahaja. Dia seorang pemain yang sentiasa mahu membuktikan sesuatu kepada semua pihak dan saya tidak fikir dia akan meninggalkan United dengan kegagalan.
“Ketika dia tiba di kelab ini pada musim panas lalu, saya yakin seratus peratus yang dia sudah bersedia untuk bersama kelab ini bagi tempoh yang lama. Dia akan terus berada di sini pada musim depan,” kata Mourinho.
Ibrahimovic menggalas tanggungjawab yang cukup besar pada musim ini apabila diletakkan sebagai penyerang tunggal pasukan tersebut, memandangkan persembahan kapten pasukan, Wayne Rooney gagal memikat hati Mourinho.
0 comments:
Post a Comment