Hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam mengutuk tindakan bapa kepada enam anak yang tidak berperikemanusiaan kerana merogol anak perempuannya sendiri sebelum menjatuhkan hukuman penjara 54 tahun dan 21 sebatan.
Apabila keputusan yang dijatuhkan hakim Dayang Ellyn Narisan Abang Ahmad, tertuduh berusia 40 tahun itu kelihatan beremosi. Sebagai bapa, hakim berkata, dia perlu melindungi anak-anaknya termasuk dari segi fizikal, tetapi sebaliknya dia melakukan perbuatan keji itu.
Beliau berkata, mangsa juga disahkan hamil dan ketika melakukan kesalahan, tertuduh turut mencederakan belakang mangsa. Kejadian itu telah menyebabkan mangsa trauma, seperti yang dinyatakan dalam kenyataannya. Hakim kemudiannya mensabitkan kesalahan tertuduh mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan (tiga pertuduhan) kerana rogol sumbang mahram.
Hakim menetapkan hukuman penjara 18 tahun dan tujuh sebatan bagi setiap pertuduhan dengan mengarahkan hukuman dijalankan berasingan. Tertuduh turut mengaku merogol anak perempuannya berusia 18 tahun di rumah mereka di sebuah kampung di Petra Jaya pada 12, 20 dan 21 November lepas.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 24 November dan bapanya ditahan sehari kemudian di rumah mereka. Mangsa yang berusia 18 tahun, bekerja di kedai kopi dan dikatakan kedua-dua ibu bapanya tidak bekerja.
Menurut saudara mangsa ketika ditemui di mahkamah semalam, mangsa bekerja di sebuah kedai kopi berdekatan bagi menyara keluarganya kerana kedua-dua ibu bapanya tidak bekerja. Turut dilaporkan perbuatan terkutuk itu berlaku di hadapan isteri tertuduh, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikannya kerana takut dipukul oleh suami.
0 comments:
Post a Comment