Siapa yang tidak mengenali "Raja Fitnah Malaysia" Rafizi Ramli? Beliau yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan ini sentiasa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengelirukan hanya semata-mata untuk kepentingan politik parti dan dirinya sahaja.
Jika mahu membariskan senarai penipuan yang telah dibuat oleh Rafizi, sememangnya terlalu banyak. Ada diantara penipuannya telah menyebabkan ada pihak mengalami kerugian seperti mana yang berlaku terhadap penyimpan di Tabung Haji. Begitu juga penipuannya terhadap National Feedlots Corp, pembekal daging halal tempatan yang difitnahnya sehingga terpaksa ditutup.
Sebut sahaja mana agensi yang tidak pernah difitnah oleh Rafizi, semua pernah menjadi mangsanya. Lihat sahaja fitnah yang ditaburkan terhadap KWSP, KWAP, LTAT, JAKIM, Baitulmal dan banyak lagi agensi yang ada hubungkait dengan kaum Melayu dan agama Islam. Semuanya begitu mudah difitnah Rafizi sehinggakan ada diantara umat Islam termakan dengan hasutannya.
Tidak ketinggalan, bagaimana beliau telah merosakkan imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dengan pelbagai dakwaan dan fitnahnya. Walhal, Datin Seri Rosmah bukanlah menteri mahupun Ahli Parlimen yang mewajarkan Rafizi mengheret imej beliau ke kancah politik.
Terbaharu, lihat sahaja betapa busuknya hati Rafizi apabila memutar belitkan fakta pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh ke Semantan. Beliau mendakwa, pembinaan MRT ini jauh daripada harga asal kos pembinaannya iaitu RM 100 bilion dan bukannya RM 21 bilion seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib.
Disamping itu, Rafizi juga mengemukakan dokumen-dokumen yang diragui kesahihannya. Ini kerana, andai benar Rafizi mempunyai dokumen yang pada fikirannya benar dan sahih, kenapa dokumen berkenaan langsung tidak dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil tindakan?
Sebaliknya, Rafizi lebih senang untuk menyalak di luar tanpa sekalipun memikirkan impak dan kesannya terhadap ekonomi negara. Malah, dokumen yang boleh dianggap palsu itu kekal dijaja di setiap ceramah yang dihadirinya tanpa sedikitpun berniat untuk dikemukakan kepada SPRM.
Melihat kepada tindak tanduk Rafizi ini, boleh diandaikan bahawa, Rafizi ini adalah ejen utama DAP dalam menghuru harakan pemikiran kaum Melayu di Malaysia. Modus operandinya mudah, mereka-rekakan cerita yang tidak pasti kebenarannya dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.
Walhal, segala cerita karut dan rekaannya itu hanyalah fitnah semata-mata dan langsung tidak dikemukakan kepada mana-mana agensi untuk disiasat kesahihannya. Inikah level anak Melayu yang disulami dengan perasaan hasad dan busuk hati sehingga sanggup menggadaikan maruahnya untuk dipergunakan DAP untuk mengkucar kacirkan pemikiran kaum Melayu?
Rafizi masih kekal bebas menjaja cerita bohongnya di luar. Selagi misinya untuk menghasut kaum Melayu bertelagah sesama sendiri tidak tercapai, Rafizi akan terus melakukan apa sahaja asalkan impiannya tercapai. Baginya, sudah tidak ada lagi kebenaran yang dilakukan oleh kerajaan. Baginya, fitnah adalah pegangannya dan dia tidak peduli lagi maruah dan masa depannya untuk naik turun mahkamah selepas ini.
0 comments:
Post a Comment