My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 28 December 2016

    Guna Facebook Promosi Pelacur



    Sindiket pelacuran kini menyalahgunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka de­ngan menyiarkan gambar wanita seksi sebagai modus operandi bagi mendapatkan pelanggan. 

    Selain menawarkan khidmat seks mereka juga menawarkan khidmat pengiring sosial untuk bercuti ke luar negara bagi golongan atasan.

    Difahamkan, pengiklanan se­perti itu mampu menarik ramai pelanggan kerana lelaki hidung belang tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari lokasi pemuas nafsu kerana kecanggihan komunikasi pada hari ini mampu menghubungkan mereka terus bagi tujuan itu.

    Aktiviti tidak sihat itu dikesan apabila beberapa gambar wanita berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan boleh diakses menerusi laman sosial tersebut. Hasil penyamaran mendapati, promosi maksiat yang disediakan lengkap dengan maklumat terperinci seperti lokasi tempat mereka beroperasi berserta nombor telefon bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guna Facebook Promosi Pelacur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top