Serangan berterusan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terhadap projek pembinaan MRT yang didakwanya melebihi dari angka sebenar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, terus dibidas oleh banyak pihak. Terbaru, MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd tampil menjelaskan jumlah sebenar yang diterima oleh mereka.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi portal Free Malaysia Today (FMT, pihak MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd menjelaskan, jumlah sebenar yuran sebagai rakan kongsi penyampaian projek (PDP) bagi Mass Rapid Transit 1 (MRT 1) yang diterima mereka adalah RM 750 juta dan bukan RM 7 bilion seperti yang didakwa oleh Rafizi dalam kenyataannya, baru-baru ini.
Ini sekaligus membuktikan, dakwaan Rafizi itu sebenarnya adalah karut serta bersandarkan pada bukti yang tidak sahih. Ujar sumber dalaman MMC Gamuda, mereka yang menjalankan projek berkenaan dan segala urusan mengenai kewangan ada pada mereka. Adalah mustahil untuk memutar belitkan cerita kerana semua urusan syarikat akan sentiasa diaudit.
Justeru, mereka mempersoalkan, kenapa Rafizi hebat menghentam projek mega hak rakyat berkenaan kerana beliau sendiri langsung tiada bukti untuk diketengahkan. Semuanya hanya bergantung kepada sumber yang tidak sahih dan langsung tidak merujuk kepada mereka.
Memang benar, agak menghairankan, kenapa Rafizi jauh berminat membicarakan tentang projek MRT sedangkan beliau secara tiba-tiba menjadi pekak, buta dan bisu apabila kerajaan negeri Pulau Pinang secara sewenang-wenangnya membatalkan kontrak mereka bersama Beijing Urban Constructions Group (BUCG) dalam pembinaan terowong dasar lautnya?
Bayangkan, sejumlah RM 305 juta telah dilaburkan hanya untuk projek penilaian sedangkan projek asasnya pun langsung tidak pernah dilaksana. Apakah wang yang dilaburkan oleh kerajaan Pulau Pinang ini datangnya dari wang yang dijumpai di tepi jalan sehingga sewenang-wenangnya dibelanjakan tanpa sebarang projek dimajukan?
Adakah ini halal pada pendirian Rafizi sehingga beliau langsung tidak pernah menyebut tentang pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Salahkah projek MRT yang bernilai RM 21 bilion ini dibina oleh kerajaan untuk melicinkan pengankutan awam di jajaran Sungai Buloh hingga Semantan yang memberi manfaat lebih 1 juta orang pengguna?
Dengan RM 305 juta dilaburkan oleh kerajaan Pulau Pinang kepada BUCG, Mana hasil yang boleh dilihat dan dibanggakan? Kenapa ini langsung tidak disentuh Rafizi? Ini juga duit rakyat negeri Pulau Pinang dan bukan duit yang datang dari poket Lim Guan Eng sendiri. Adakah rakyat Pulau Pinang bukan rakyat Malaysia pada mata Rafizi?
0 comments:
Post a Comment