My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 December 2016

    Sektor Perkhidmatan Terkecuali Inisiatif BNM



    Syarikat yang menjalankan eksport produk berteraskan sektor perkhidmatan tidak tertakluk kepada enam inisiatif yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memperkukuhkan kedudukan ringgit dalam pasaran kewangan tempatan yang berkuat kuasa mulai 5 Disember lalu. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), kerajaan menyasarkan sektor perkhidmatan dapat meningkatkan sumbangan perolehan menjadi RM195 bilion berbanding RM130 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

    “Sektor perkhidmatan masih lagi mempunyai jumlah eksport yang rendah berbanding sektor lain berikutan ia masih lagi berkembang di samping usahawan muda ramai yang mula menjalankan perniagaan dalam sektor ini.

    “Dengan mengecualikan sektor ini, ia dijangka membantu merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan, sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ceramah ‘Apa Yang Perlu Anda Tahun Dalam Garis Panduan Baru BNM’ yang dihadiri kira-kira 500 usahawan dan pengeksport di sini, semalam. Sektor yang terbabit di bawah segmen perkhidmatan adalah pendidikan, pembinaan, kesihatan dan pelancongan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sektor Perkhidmatan Terkecuali Inisiatif BNM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top