My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 December 2016

    1 Maut, 2 Cedera Dilibas Duda



    Niat murni sekumpulan remaja cuba me­leraikan pertengkaran seorang lelaki dan jandanya membawa padah apabila seorang maut manakala dua lagi cedera dilibas parang di hadapan pusat hiburan Siam Thai Bar di Jalan Coastal di sini semalam.

    Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi, mangsa yang terbunuh ialah Yaacob Nasran, 18, seorang pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur. Lelaki berketurunan Serani itu ditemui mati terbaring di hadapan pusat hiburan dengan kesan cedera di dahi dan leher.

    Dua yang cedera melibatkan abang Yaacob, Nabiel Nasran, 19, dan mang­sa cedera kedua melibatkan rakan kepada kedua-dua beradik itu berusia 18 tahun dan berketurunan Bajau. Nabiel dikatakan belajar di Singapura.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kejadian bunuh itu berlaku ketika lapan remaja terbabit iaitu empat lelaki dan empat wanita keluar dari pusat hiburan berkenaan.

    “Di luar premis tersebut, kumpulan remaja itu ternampak seorang lelaki bertengkar dengan seorang perempuan yang juga bekerja di pusat hiburan tempat kumpulan terbabit berhibur,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 1 Maut, 2 Cedera Dilibas Duda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top