My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 December 2016

    Subahat Bunuh Bill Kayong


    Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Miri di sini semalam berhubung pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Miri, Bill Kayong pada 21 Jun lepas. 

    Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, didakwa bersama-sama pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub, Lie Chang Loon, 37, kerana bersubahat dengan pengawal kelab malam (bouncer), Mohamad Fitri Pauzi, 29, dalam pembunuhan itu.

    Chee Kiang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama dan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori jika disabitkan ke­salahan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Jun lalu kira-kira pukul 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket di persimpa­ngan Jalan Kuala Baram.

    Tiada pengakuan dicatatkan dan Chee Kiang dilihat menganggukkan kepala apabila jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

    Zuraini kemudian menetapkan 30 Disember ini untuk kes itu disebut semula berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzila Ishak.

    Fadzila memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan masih menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah. Sehingga kini, empat individu telahpun didakwa, termasuk Chee Kiang Lee pada semalam, atas pembunuhan Bill Kayong.

    Tertuduh pertama Mohamad Fitri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill, 43, yang nama Islamnya Mohd. Hasbie Abdullah manakala tertuduh lain didakwa bersubahat dan membunuh mengikut Seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan.

    Mohamad Fitri, Chang Loon dan Wui Ching mengaku tidak bersalah ketika mereka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Miri pada 25 November lalu dan mahkamah menetapkan sembilan hari untuk perbicaraan bermula 3 Januari 2017.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Subahat Bunuh Bill Kayong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top