Dua lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis ditahan kelmarin selepas dipercayai merogol seorang wanita warga Indonesia secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Piasau Utara di Miri pada Isnin lalu.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 31 tahun itu ditahan susulan laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 30 tahun di Balai Polis Lutong di sini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Piasau Industri Estate pada pukul 7.30 malam, manakala suspek kedua diberkas empat jam kemudian di Jalan Raja, Miri.
Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, mangsa telah didatangi oleh kedua-dua suspek berpakaian biasa yang kemudiannya memperkenalkan diri sebagai anggota polis di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran Tenby International School di sini.
0 comments:
Post a Comment