Keupayaan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek mega meskipun berdepan cabaran ekonomi adalah bukti komitmen tinggi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai contoh, projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang adalah bukti kerajaan mampu melaksanakan projek mega.
“Saya telah melancarkan fasa satu projek MRT ini yang siap mengikut jadual dengan kos projek lebih rendah daripada bajet disediakan RM23 bilion tetapi kita belanja RM21 bilion,” katanya pada majlis pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Jalan Pintas Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment