My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 16 December 2016

    Sinonimnya Angka 4 Dengan Pembangkang



    Andai ada yang mahu membicarakan perihal nombor, pasti dikalangan umat Islam, ianya akan dilabel sebagai syirik dan sebagainya. Namun hakikatnya, sepanjang kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, kita tidak dapat lari daripada membicarakan tentang nombor. Sebagai contoh, solat 5 waktu, jam dan waktu dan macam-macam lagi perkara yang melibatkan nombor.

    Namun ada satu nombor yang cukup sinonim dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Nombor berkenaan adalah nombor 4, nombor yang paling cuba dielakkan menurut kepercayaannya oleh kaum Cina di Malaysia.

    Mari kita lihat signifikan nombor empat yang dikatakan membawa nasib yang tidak elok untuk kaum Cina ini di dalam Pakatan Harapan. Hari ini, Pakatan Harapan telah berjaya menghimpunkan 4 buah parti pembangkang utama di negara ini. Parti berkenaan adalah DAP, PKR, PAN dan PPBM di mana tanpa sedar, DAP telah melanggar kepercayaannya sendiri tentang nombor 4.

    Di pihak PKR pula, angka 4 juga turut menyelubungi parti berkenaan. Bagaimana ianya boleh dikaitkan dengan PKR? Semasa kes liwat dua Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesan air mani beliau berada pada kedudukan 4 sentimeter di dalam dubur mangsanya. Hasilnya, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun dan dijangka dibebaskan pada 2018, 4 tahun setelah beliau dipenjarakan.

    Bagaimana pula dengan Parti Pribumi Bangsa Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir? Mungkin parti inilah yang paling kuat untuk dikaitkan dengan angka 4 yang amat dibenci oleh kaum Cina yang majoritinya menganggotai DAP.

    Kemasukan PPBM kedalam Pakatan Harapan pada 13 Disember lalu menandakan parti berkenaan merupakan parti gabungan keempat Pakatan Harapan. Ironinya, angka 13 itu sendiri turut mempunyai hubung kait dengan angka 4 dengan pengiraan 1 tambah 3.

    Menariknya, Pengerusinya sendiri turut memegang angka 4 dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat yang berkhidmat selama 22 tahun. Presidennya pula, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah berkhidmat dibawah 4 orang Perdana Menteri sebelum memutuskan untuk mengisytiharkan perang dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke 5 yang sepatutnya beliau berkhidmat.

    Tidak cukup lagi? Pembongkaran skandal seks yang didakwa dilakukan oleh Ketua Srikandi PPBM, Anina Saaduddin juga ada hubung kait dengan angka 4. Dalam pembongkaran transkrip perbualan yang didakwa dilakukan oleh Anina bersama-sama kekasihnya, Anina mengakui mengecap nikmat bersama sehingga 4 kali dalam satu sesi hubungan seks.

    Kemuncak kepada segala-galanya berkenaan angka 4 dengan pembangkang ini adalah, ini adalah kali ke 4 pembangkang di Malaysia membentuk gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum di negara ini. Kali pertama ianya dilakukan menerusi Barisan Alternatif pada tahun 2004, diikuti Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013 sebelum mereka membentuk satu lagi pakatan baru untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

    Tiga daripadanya menemui kegagalan dimana cubaan kali keempat ini dikhabarkan mahu menyaksikan kemenangan mutlak mereka. Lihatlah, bagaimana angka 4 ini cukup sinonim dengan pembangkang di Malaysia. Betapa bencinya DAP dan kaum Cina terhadap nombor 4 namun hari ini mereka terpaksa menelan hakikat, angka 4 sememangnya akan sentiasa mengekori mereka sampai bila-bila.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sinonimnya Angka 4 Dengan Pembangkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top