My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 December 2016

    Mahkamah Indonesia Tolak Gugur Kes Ahok




    Mahkamah Indonesia akan meneruskan perbicaraan terhadap Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok kerana menghina kitab suci al-Quran, kata seorang hakim semalam. 

    Panel hakim Mahkamah Negeri Jakarta Utara sebulat suara menolak permintaan pasukan peguam Ahok supaya dakwaan terhadap anak guam mereka digugurkan. Mereka sebelum ini berkata, dakwaan tersebut melanggar prosedur dan mencabuli hak asasi ahli politik berketurunan Cina itu. 

    “Permohonan defendan dipertim­bangkan dan diputuskan oleh mah­kamah selepas semua bukti disemak. Permohonan defendan untuk menggugurkan kes ini tidak diterima,” kata Hakim Abdul Ros­yad.

    Ahok menafikan pertuduhan terhadap dirinya semasa kes itu pertama kali disebut di mahkamah pada 13 Disember lalu. Perbicaraan Ahok disifatkan beberapa penganalisis sebagai ujian terhadap isu kebebasan agama di Indonesia, negara yang memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahkamah Indonesia Tolak Gugur Kes Ahok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top