My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 20 December 2016

    Bersediakah MCA Menghadapi "Perang" PRU 14?

     


    Sejak dari dahulu lagi, tiada siapa dapat menafikan peranan MCA dalam membantu Barisan Nasional memenangi setiap kali pilihan raya umum. Peranan yang dimainkan nyata bukan sedikit dan ianya sedikit sebanyak berjaya menarik sokongan kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional.

    Cuma, sejak 10 tahun kebelakangan ini, menerusi cara berpolitik kotor yang menjadi amalan pembangkang terutamanya DAP, pengaruh MCA dianggap ramai pihak semakin menurun. Hala sokongan kaum Cina kini lebih terarah kepada DAP yang menjalankan propaganda menghasut kaum berkenaan untuk menjauhi MCA.

    Namun, jika dilihat dari keputusan yang dirahih di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, MCA kini dilihat berjaya meraih semula sokongan kaum Cina. Tidak seperti sebelum ini di mana beberapa kawasan yang dilabelkan sebagai hitam, kini sudah mampu ditembusi oleh MCA sedikit demi sedikit.

    Persoalannya, bersediakan semua jentera MCA memasuki medan "perang" sebenar pada PRU ke 14 nanti? Menerusi analisis beberapa pemerhati politik, jika PRU yang ke13 lalu, DAP boleh memukul canang menyatakan bahawa mereka mampu menumbangkan mana-mana parti komponen BN termasuk MCA dan Gerakan andai mereka ditakdirkan bertembung.

    Namun, jika dinilai dari situasi semasa, tiada parti terutamanya berteraskan kaum Cina mampu memukul canang kemenangan akan berpihak kepada mereka. Ini kerana, kemelut dalaman Pakatan Harapan sendiri telah menyaksikan kepercayaan ramai pihak terhadap Pakatan Harapan yang diterajui DAP semakin terhakis.

    Ini ditambah pula dengan kebangkitan semula MCA yang dilihat sudah menemui formula terbaik untuk merampas sekurang-kurangnya 12 lagi kawasan yang dimenangi DAP pada PRU ke13 yang lalu.

    Jika polar politik semasa ini berterusan sehingga PRU ke 14 kelak, bukan satu perkara mustahil andai Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong mampu menjana kembali kekuatan MCA dan sekaligus merampas semua kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu.

    Apa yang penting hari ini, MCA perlu mengukuhkan semula benteng parti mereka disamping mengatur strategi paling berkesan untuk melumpuhkan dakyah DAP. Andai MCA mampu merealisasikan jangkaan awal ini, bukan satu perkara mustahil catatan kemenangan Barisan Nasional pada PRU ke 14 ini mampu memadamkan memori luka PRU 13 yang lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bersediakah MCA Menghadapi "Perang" PRU 14? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top