My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 28 December 2016

    7-E Dirompak, Wang RM12,000 Lesap



    Sebuah kedai serbaneka 7-Eleven dimasuki perompak awal pagi semalam. Insiden berlaku sekitar jam 7.35 pagi apabila dua suspek menyerang mangsa yang juga pengadu sedang mengira wang tunai di dalam bilik stor. 

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan berkata kedua-dua suspek menggunakan topi keledar, topeng dan parang yang dikimpal untuk melakukan jenayah tersebut.

    “Pengadu sedang mengira wang tunai di dalam bilik stor premis berkenaan apabila dua suspek memakai baju seragam 7-Eleven masuk dan merampas RM12,000 daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Suspek melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda EX5. Mangsa berumur 46 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang Ahmad menambah pihaknya sedang memeriksa rekod bekas pekerja 7-Eleven dan latar belakang mereka untuk mencari padanan suspek. “Polis sedang menjalankan siasatan,” katanya menambah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 7-E Dirompak, Wang RM12,000 Lesap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top