My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 28 December 2016

    MCA Sifatkan BR1M Sebagai membantu Rakyat



    Satu persatu respon dikeluarkan oleh pelbagai pihak berhubung kenyataan gila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tentang isu Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang didakwanya sebagai salah satu bentuk rasuah.

    Sebelum ini, ramai pemimpin dikalangan UMNO menempelak kenyataan Mahathir ini, semalam Bendahari Agung Pemuda MCA Michael Lee menyifatkan BR1M sebagai amat membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Ujarnya lagi, kenyataan Mahathir yang menyifatkan BR1M sebagai rasuah adalah mengarut dan merupakan satu tindakan terdesak.

    Beliau juga turut mempersoalkan mengapa wakil rakyat pembangkang terutamanya Mahathir tidak bersetuju dengan bayaran BR1M sedangkan pusat perkhidmatan pembangkang turut membantu orang ramai mengisi borang BR1M.

    Lee juga menegaskan bahawa PPBM, yang diasaskan oleh Mahathir juga mempunyai pautan 'BR1M' sendiri pada halaman utamanya bertajuk yang berbunyi 'sesiapa yang mahu mendapatkan bantuan kewangan, sila hubungi kami'.

    Ujar beliau lagi, "kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mempunyai bentuk skim bantuan kewangan untuk rakyat yang dilanda masalah kewangan, sama ada dari segi skim makanan, skim pencen atau bayaran tunai secara langsung yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.

    "BR1M membantu kuasa beli penerima. Tahun ini, seramai 7,280,340 pemohon telah diluluskan untuk menerima BR1M dan Selangor mempunyai bilangan tertinggi yang mendapat manfaat dengan jumlah 1,017,403," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Sifatkan BR1M Sebagai membantu Rakyat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top