My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 29 December 2016

    Perluas Jaringan Eksport



    Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), menyasarkan lebih 100 syarikat terdiri daripada ahli DPIM akan meluaskan perkhidmatan dan produk mereka ke luar negara dalam tempoh tiga tahun lagi. 

    Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, DPIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), menjalin kerjasama strategik dalam usaha membangun dan memudah cara syarikat ahli DPIM yang bersedia mengeksport.

    Katanya, setakat ini DPIM mempunyai kira-kira 2,000 ahli di seluruh negara dan mempunyai cawangan di setiap negeri.

    “Kami sentiasa menggalakkan ahli dari serata negeri mengambil peluang eksport dan melebar luas jaringan perdagangan di peringkat antarabangsa melalui insentif disediakan kerajaan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), pelan pembiayaan kompetitif eksport serta pengeluaran Sijil Jualan Bebas (CFS).

    “DPIM juga merealisasikan misi dagang ke negara seperti Turki, China, Indonesia, Iran serta Kazakhstan dan memeterai beberapa perjanjian persefahaman perdagangan di antara syarikat ahli DPIM dan asing,” katanya pada majlis Bicara Bisnes DPIM Bersama Matrade, di sini, semalam. 

    Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud. Muhammad Ali berkata, DPIM komited membina jaringan perdagangan antarabangsa dengan beberapa pejabat agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan global dengan objektif mewujudkan capaian pasaran lebih komprehensif.

    Sementara itu, Dzulkifli berkata, ahli DPIM mempunyai keupayaan besar dan berpotensi untuk eksport terutama dari segi perkhidmatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kejuruteraan. 

    “Kerjasama rapat kedua-dua pihak akan memudahkan kami mengenal pasti ahli yang boleh dipupuk dan dibangunkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

    Menurutnya, Matrade akan terus menjalin kerjasama lebih intensif dengan dewan perniagaan lain untuk memacu peningkatan eksport negara. Beliau berkata, dewan perniagaan dapat memberi lebih tumpuan kepada ahlinya dan seterusnya disalurkan kepada Matrade untuk bantuan dari segi khidmat nasihat eksport, maklumat pasaran serta jaringan perdagangan antarabangsa.

    Selain itu, Dzulkifli turut mencadangkan DPIM mewujudkan Waqaf Tabung Promosi Luar Negara bagi mengurangkan kebergantungan dewan perdagangan terhadap dana diperuntukkan kerajaan semata-mata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perluas Jaringan Eksport Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top