My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 27 December 2016

    Naikkan Gaji Pemandu Bas Bukan Amalkan Trip Komisyen


    Kemalangan sebuah bas ekspress di lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh yang telah mengorbankan 14 nyawa termasuk pemandu dan anak perempuannya, telah mendedahkan banyak kepincangan yang dilakukan oleh pengendali bas-bas ekspres dan persiaran di Malaysia.

    Siapa sangka, gaji yang diterima oleh pemandu bas ekspres ini banyak bergantung kepada berapa banyak trip perjalanan yang dilakukan oleh mereka. Lebih banyak trip, lebih banyaklah komisyen yang mereka terima dan dicampurkan dengan gaji asas yang tidak seberapa.

    Dalam hal ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) mencadangkan supaya pengendali syarikat bas-bas ekspres menyemak semula mekanisme memberi upah berbentuk komisen kepada pemandu bas mereka.

    Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pemandu bas perlu diberi gaji asas yang lebih tinggi bagi mengelakkan mereka terlalu mengejar komisen sehingga terdedah kepada risiko kemalangan akibat faktor keletihan dan pemanduan laju.

    Katanya, bila gaji asas yang diberi tidak tinggi, ia menggalak pemandu mengejar trip untuk mendapat komisen bagi meningkat pendapatan mereka. Jadi operator bas perlu digalak untuk memberi gaji yang lebih tinggi kepada pemandu mereka.

    Paling utama, jadual perjalanan serta pemandu kedua wajib dipatuhi oleh semua pengendali bas-bas ekspres yang beroperasi hari ini terutamanya apabila memasuki musim perayaan. Ini penting supaya keselamatan dan keselesaan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka berada pada tahap tertinggi dan dapat mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Naikkan Gaji Pemandu Bas Bukan Amalkan Trip Komisyen Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top