My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 21 December 2016

    Terima Kasih SPAD!


    Untuk menjadikan sebuah negara diiktiraf sebagai sebuah negara maju, antara kreteria yang perlu ada adalah sistem dan jaringan pengangkutan awam yang efisyen serta menyeluruh. Tidak lengkap kiranya pembangunan negara diutamakan namun sistem pengangkutan dan jaringan jalanraya langsung tidak diberi keutamaan.

    Dalam hal ini, boleh dikatakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah berjaya merialisasikan impian Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk melihat pengangkutan awam di negara ini setaraf dengan negara maju di dunia yang lain dan mahukan pengangkutan awam menadi pilihan rakyat negara ini.

    Kesemua ini tidak akan berlaku sekiranya SPAD tidak memainkan peranannya bagi mengadun sistem pengangkutan tidak kira sama ada ianya teksi, bas ataupun laluan tren. Boleh dikatakan, SPAD bukan hanya melihat kepada kenderaan awam seperti teksi dan bas sahaja tetapi lebih jauh dari itu.

    Terbaharu, sistem laluan tren MRT yang telah dirasmikan pada 15 Disember lalu. Semua ini tidak akan mungkin berjaya andai tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menyelenggara dan menguruskan sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen dan dinamik.

    SPAD yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 hasil ilham Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang mahu melihat mutu pengangkutan awam darat mendapat pengiktirafan dunia yang mana sebelum ini, perkhidmatan kenderaan awam di negara ini sering menjadi cemuhan penguna, baik dari dalam mahupun dari luar negara.

    Benar, bukan sedikit cabaran yang dihadapi oleh SPAD sepanjang memelihara imej pengangkutan awam di negara ini. Namun, berkat usaha berterusan pihak SPAD dalam memastikan pembangunan negara selari dengan pembangunan pengangkutan awam, hari ini kita dapat melihat hampir kesemua pengangkutan awam di negara ini berada dalam keadaan yang tersusun serta terbaik.

    Masih banyak lagi sebenarnya lompong dan ruang untuk diperbaiki oleh semua pihak termasuk SPAD. Namun percayalah, SPAD sentiasa mempertingkatkan mutu pengawasan, penguatkuasaan serta pembangunan pengangkutan awam untuk keselesaan semua pihak serta menaikkan imej pengangkutan awam negara ke peringkat antarabangsa.

    Syabas dan tahniah buat SPAD atas usaha berterusan agensi ini. Ribuan terima kasih buat SPAD yang sentiasa menjadi agensi utama dalam mengurus dan menjaga imej pengangkutan awam negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terima Kasih SPAD! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top