My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 December 2016

    Guardiola Mungkin Bakal Dipecat?


    Pengurus Manchester City Pep Guardiola sedar sekiranya gagal mengubah nasib pasukan, beliau berdepan risiko dipecat tetapi pengendali kelahiran Sepanyol itu mahu terus mengekalkan corak permainannya. 

    City bermula cemerlang di bawah kendaliannya apabila menang 10 perlawanan pertama dalam semua pertandingan. Bagaimanapun, mereka hanya menang empat daripada 15 perlawanan sejak itu dan menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris, tujuh mata di belakang pendahulu, Chelsea.

    “Bola sepak bukan satu projek jangka panjang,” kata Guardiola. “Anda perlu menang serta merta dan jika tidak menang, anda berdepan masalah. Pemilik dan pengerusi akan membuat keputusan. “Saya rasa mereka mempercayai saya tetapi hakikatnya anda perlu menang. Apa saja boleh berlaku. Kedudukan kami bergantung kepada keputusan.

    “Sewaktu saya datang ke sini, saya sedar betapa perlunya untuk menghasilkan kemenangan segera. Dalam beberapa hal ia tidak adil, tetapi dalam syarikat perniagaan terbesar dunia, jika sesuatu tidak menjadi anda perlu mencari penyelesaian,” kata Guardiola.

    Guardiola menjelaskan beliau tidak berhasrat meninggalkan City selepas mengambil alih kelab pada awal musim daripada pengurus kelahiran Chile Manuel Pellegrini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guardiola Mungkin Bakal Dipecat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top