My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 27 December 2016

    myNEWS.com Perkenal Konsep Santai



    myNEWS.com memperkenalkan cawangan perdana pertamanya dengan konsep santai, myNEWS Gourmet To Go yang menawarkan pelbagai pilihan produk makanan dan minuman sedia untuk dibeli pengunjungnya. 

    Ketua Pegawai Operasinya, Dang Tai Wen berkata, kedai serbaneka berkenaan menyediakan pelbagai pilihan makanan yang segar dengan tawaran harga serta promosi berpatutan meliputi sandwic dan salad, hidangan Asia, burger, pasta dan buah-buahan segar.

    Beliau berkata, kedai yang berkeluasan 1,378 kaki persegi itu turut menampilkan pelbagai pilihan produk daripada 170 jenama menjadikan ia sebagai kedai serbaneka sehenti untuk orang ramai. 

    “Pembukaan kedai flagship pertama ini antara langkah kami dalam memperluaskan lebih banyak kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk hanya dalam satu kedai.

    “Kami juga komited bekerjasama dengan pembekal bagi merealisasikan visi untuk perkembangan operasi perniagaan pada masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian kedai flagship pertama myNEWS.com, semalam.

    Tai Wen berkata, produk makanan yang ditawarkan diinspirasikan dari negara seluruh dunia seperti United Kingdom, Perancis, Australia, Jepun dan Korea. “Pelbagai pilihan cita rasa antarabangsa disediakan. Bagaimanapun kami juga menyediakan pilihan tempatan seperti nasi lemak, laksa asam, laksa kari dan banyak lagi,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: myNEWS.com Perkenal Konsep Santai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top