Sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih cenderung kearah Pakatan Harapan sehingga tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), acapkali beliau dilihat menyerang beberapa parti komponen Barisan Nasional terutamanya MCA setelah beliau gagal menumbangkan UMNO menerusi persepsi murahannya.
Antara yang hangat diperkatakan adalah bagaimana Mahathir mendakwa MCA adalah satu kegagalan secara mutlak apabila hanya menerima ahli dari kalangan kaum Cina semata-mata berbanding DAP yang kini lebih kepada multi rasional di mana kaum Melayu juga dilihat sudah mula menyertai DAP berbanding sebelum ini.
Hakikat yang sebenarnya Mahathir terlupa atau sengaja dilupakan adalah, bagaimana karier politik, UMNO dan Ketuanan Melayu sebenarnya telah berjaya diselamatkan oleh MCA selaku parti komponen utama Barisan Nasional sewaktu UMNO diharamkan 1988 akibat krisis kepimpinan parti.
Pada waktu itu, cukup gempar apabila UMNO selaku parti teraju Barisan Nasional telah didapati haram penubuhannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Ini kerana rentetan perebutan kuasa Presiden parti antara Mahathir dan Tan Sri tengku Razaliegh Hamzah di mana pada waktu itu, Mahathir menang tipis sebanyak 43 undi berbanding Ku Li.
Keadaan pada waktu itu cukup tegang di mana selaku parti peneraju, kedudukan Mahathir selaku Perdana Menteri juga secara automatiknya tergugur dengan sendirinya. Di sinilah munculnya MCA yang menjadi penyelamat buat Barisan Nasional apabila Presidennya, Tun Dr. Ling Liong Sik memangku buat sementara jawatan Perdana Menteri untuk 4 hari.
Selaku parti komponen utama Barisan Nasional, Liong Sik bertanggungjawab menyelamatkan kerajaan hasil daripada kesilapan percaturan Mahathir. Mujur, hanya dalam masa 4 hari segala-galanya kembali normal di mana Mahathir berjaya menyelamatkan kedudukannya selaku Perdana Menteri.
Apa yang menariknya di sini, bagaimana peranan besar yang dimainkan oleh MCA dan Datuk Seri Mohd Najib dalam mengekalkan kuasa Mahathir pada tahun berkenaan. Peranan utama Datuk Seri Mohd Najib adalah memastikan UMNO yang berjaya diselamatkan ini dianggotai oleh ahli yang sama di mana pada ketika itu, sayap Pemuda UMNO yang diketuai beliau menjadi anggota awal UMNO yang berjaya diselamatkan ini.
Bagi MCA pula, mereka sedar, hak dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri telah jelas menyatakan, seorang Perdana Menteri haruslah dari keturunan Melayu dan beragama Islam. Menyedari akan hakikat inilah, MCA dengan rela hati menyerahkan semula jawatan Perdana Menteri kepada Mahathir walaupun hakikatnya, MCA boleh sahaja menguasai negara tanpa perlu memulangkan semula jawatan berkenaan.
Inilah hakikat yang langsung tidak dikenang oleh Mahathir sewaktu menghentam MCA hari ini. Benar, jika MCA menolak, MIC, Gerakan mahupun lain-lain parti komponen boleh sahaja memangku tugas Perdana Menteri buat seketika. Namun tanpa memperdulikan kaum, MCA menyelamatkan karier Mahathir tanpa sedikitpun menuntut semula hak untuk menguasai negara.
Bayangkan, jika DAP berada di tempat MCA, pastinya jawatan berkenaan tidak akan dipulangkan kepada Mahathir walau apa jua situasi. Sejarah tidak pernah menipu dan Mahathir hari ini cuba memutar belitkan sejarah hanya kerana mahu menyaksikan MCA selaku parti komponen utama Barisan Nasional, berjaya dimusnahkan bagi memberi laluan DAP menguasai undi kaum Cina.
0 comments:
Post a Comment