My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 20 December 2016

    60 Peratus Polis Trafik Digerak Sepanjang Cuti Krismas



    60 peratus daripada jumlah anggota polis trafik di negeri ini akan digerakkan sepanjang musim cuti perayaan Hari Krismas ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak Superintenden Mohd Sarie Fauzi berkata pasukan peronda tersebut akan beroperasi bukan sahaja di jalan raya tetapi juga di kawasan kediaman dan premis perniagaan. 

    “Kami akan menggunakan 60 peratus daripada keseluruhan 584 anggota untuk bertugas bagi meminimumkan kemalangan jalan raya dan pada masa sama mencegah jenayah pecah rumah,” katanya.

    Beliau menyatakan demikian pada sidang media ketika mewakili Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor menyempurnakan pelancaran Ops Selamat Sempena Sambutan Hari Krismas di Jalan Kuching-Serian, dekat sini semalam.

    Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sarawak Davina Agnes Enteli, Residen Bahagian Serian Dahim Nadot, Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Thian Kui Nyit dan Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan.

    Terdahulu menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Mohd Sarie, Mazlan menyeru masyarakat supaya prihatin terhadap langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah termasuk meninggalkan pesanan kepada jiran tetangga.

    Selain itu, katanya orang ramai yang hendak meninggalkan rumah dalam tempoh lama juga boleh memaklumkan kepada pihak polis. “Makluman boleh dibuat melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai-balai polis berdekatan dan dimuat turun daripada Portal Rasmi PDRM atau menerusi Sistem SMS Rakan COP,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 60 Peratus Polis Trafik Digerak Sepanjang Cuti Krismas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top