My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 29 December 2016

    SPRM Bidas Kenyataan Mahathir Tentang BR1M


    Keceluparan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan sebagai satu bentuk rasuah, terus mendapat kecaman dari pelbagai pihak. 

    Tebaru, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki menempelak kenyataan Mahathir ini.

    Beliau berkata, adalah sesuatu yang tidak logik andai Mahathir mendakwa BR1M itu sebagai satu bentuk rasuah kerana BR1M ini telah dilaksanakan pada 2012 dan terus dilaksanakan setiap tahun sehingga hari ini.

    Ujar beliau, jika bantuan berkenaan dilakukan secara bermusim terutamanya jika menghampiri Pilihan Raya Umum, mungkin ada benarnya dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir ini. Namun, apa yang berlaku, bantuan ini secara berterusan dilakukan oleh kerajaan setiap tahun dan ianya sama sekali bukan satu bentuk rasuah.

    Justeru, tiada asas buat SPRM untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap dakwaan karut Mahathir ini. Tegasnya lagi, bantuan ini nyata memberi manfaat kepada lebih 7 juta orang penerimanya dan adalah suatu perkara yang tidak masuk akal untuk mendakwa BR1M ini sebagai satu bentuk rasuah.

    Jika pihak SPRM sendiri membidas kenyataan Mahathir ini, apa lagi alasan Mahathir untuk menghalalkan pendapatnya berhubung isu ini? Mana mungkin Mahathir tidak memahami istilah sebenar maksu rasuah sehingga tergamak menghina lebih 7 juta orang penerima skim bantuan tahunan kerajaan ini?

    Apa yang pasti, Mahathir sengaja mencipta keburukan diatas kebaikan yang dibuat kerajaan kepada rakyat hanya semata-mata untuk kepentingan politiknya sahaja. Beliau tidak menghiraukan perasaan rakyat yang menunggu bantuan berkenaan kerana baginya, apa sahaja kebaikan yang ditunjukkan kerajaan adalah keburukan pada matanya.

    Inilah sikap dan belang sebenar Mahathir berpolitik diusia senjanya ini. Beliau sudah tidak memperdulikan lagi apa impak terhadap dakwaan kosong beliau. Apa yang beliau tahu adalah menghasut kebencian rakyat kepada kerajaan walaupun ada ketikanya, hasutan beliau sebenarnya telah menambah sokongan kepada kerajaan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPRM Bidas Kenyataan Mahathir Tentang BR1M Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top