My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 December 2016

    Hanya Tinggal 10 Landasan Untuk Disiapkan Sebelum Operasi


    Hanya 10 kilometer landasan sahaja yang perlu disiapkan sebelum kereta api berkelajuan tinggi Haramain boleh beroperasi. 

    Penyelia projek berkenaan Bassam Ghulam memberitahu Dewan Perniagaan dan Industri Makkah semalam, kerja yang tinggal untuk disiapkan ialah landasan sejauh tujuh kilometer di kejiranan Al Iskan di Makkah dan tiga kilometer di daerah Al Harazat, Jeddah.

    Menurutnya, pada fasa pertama operasinya selama 12 tahun akan datang, kereta api itu dijangka dapat mengangkut kira-kira 1.2 bilion penumpang dengan kadar 100 juta orang setahun. “Kereta api ini mampu membawa antara 11,400 dan 12,400 penumpang sejam,” katanya.

    Apabila operasi dijalankan sepenuhnya, jumlah penumpang yang boleh diangkut sejam antara Jeddah dan Makkah ialah 19,100 sementara antara Makkah dan Madinah sebanyak 3,800 orang dan 8,000 antara Rabigh dan Madinah.

    Di samping itu, kata Bassam, kereta api itu juga dapat menyediakan perkhidmatan untuk dua juta jemaah haji setiap tahun. Pihak berkuasa Saudi sudah menyiapkan 127 daripada 138 jambatan untuk projek berkenaan.

    Untuk perjalanan antara Jeddah dan Makkah, Bassam berkata, masa yang diambil kereta api itu hanyalah 21 minit, antara Makkah dan Rabigh, perjalanannya ialah kira-kira sejam dan dua jam untuk perjalanan Makkah dan Madinah. Untuk memastikan keselamatan penumpang, kelajuan maksimum kereta api itu tidak akan melebihi 300 kilometer sejam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hanya Tinggal 10 Landasan Untuk Disiapkan Sebelum Operasi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top