Seorang anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman cedera parah dengan ususnya terburai keluar dari perut selepas ditoreh dengan senjata tajam dipercayai kerambit di lobi Menara A, Kondominium Selayang Point, Selayang dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi itu, perut anggota berpangkat konstabel berusia 26 tahun itu luka teruk selepas mangsa bergelut dengan dua orang suspek yang disangkanya pekerja sebuah restoran di kondominium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pada mulanya mangsa bersama tiga lagi rakannya terdiri daripada dua anggota polis dan seorang orang awam pergi ke restoran tersebut untuk minum.
0 comments:
Post a Comment