My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 29 December 2016

    Rumah Terbuka Krismas Bukti Kesepakatan Dalam BN



    Malaysia adalah sebuah negara yang begitu unik. Tidak ada walah sebuah negara di dunia ini yang menyambut pelbagai perayaan dalam setahun. Tanpa memperdulikan perbezaan kaum dan agama, setiap perayaan diraikan oleh semua pihak tanpa mengira agama, fahaman politik mahupun perbezaan budaya.

    Buktinya, Majlis Rumah Terbuka Krismas yang diadakan di Pavilion, Bukit Bintang malam semalam telah menyaksikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perlancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem.

    Seperti yang kerap kali dilaungkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam banyak ucapan beliau sebelum ini, beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya keharmonian kaum di negara ini dijaga dengan rapi.

    Beliau pernah berkata, kita boleh berbeza pendapat namun ianya bukan lesen untuk kita bertelagah sehingga menimbulkan ketegangan antara kita. Malaysia sebuah negara yang unik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Oleh yang demikian, kerukunan kaum yang diwarisi sejak dahulu, harus dijaga dan disemai supaya ianya tidak hancur disebabkan perbezaan pendapat.

    Lihat sahaja bagaimana kehadiran beliau ke Pavilion semalam. Ia satu bukti jelas bahawa MCA tidak pernah walau sekalipun mengabaikan kerukunan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. MCA sedar, negara ini tidak akan dapat berdiri sendiri tanpa kerukunan kaum yang kita warisi sejak zaman berzaman.

    Kesepakatan antara Datuk Seri Liow dan barisan kepimpinan tertinggi negara adalah bukti jelas bahawa komitmen MCA dalam mengekalkan kerukunan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan tidak pernah pudar walaupun kini MCA kerap diasak oleh musuh-musuh politiknya sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rumah Terbuka Krismas Bukti Kesepakatan Dalam BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top