My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 29 December 2016

    Lelaki Disyaki Rogol Gadis Bawah Umur Direman Tujuh Hari



    Seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang gadis bawah umur direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis. Suspek berusia 22 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya di sini. 

    Dia ditangkap selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dirinya telah dirogol oleh suspek. Laporan polis itu dibuat oleh mangsa di Balai Polis Santubong pada 12 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai yang mengesahkan tangkapan suspek itu berkata, hasil siasatan awal, suspek positif dadah.

    “Suspek juga sebelum ini mempunyai rekod jenayah bagi kesalahan merogol,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Suspek kini ditahan di lokap polis sehingga siasatan terhadapnya selesai dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Tempoh tahanan reman suspek akan tamat pada 2 Januari 2017.

    Dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan reman tujuh hari bermula semalam kerana disyaki terlibat dalam kes rompak kedai serbaneka 24 jam di Tabuan Jaya. Suspek berusia 26 tahun dari Jalan Astana ditangkap polis sekitar jam 5.45 petang semalam di rumahnya berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sekama berhubung kes rompak itu.

    Tempoh tahanan reman suspek tamat pada 4 Januari tahun hadapan. Pada Selasa lalu, dua lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng muka dan helmet merompak kedai serbaneka 24 jam di Tabuan Jaya. Kedua-dua suspek menggunakan pakaian seragam 7-Eleven masuk ke dalam kedai berkenaan dan merompak pekerja di situ yang sedang mengira wang tunai di bilik stor di premis berkenaan. 

    Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang tunai dianggarkan RM12,000. Abang Ahmad juga mengesahkan tangkap itu dan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Kesesaan kerana merompak bersenjata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Disyaki Rogol Gadis Bawah Umur Direman Tujuh Hari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top