Siapa yang tidak mengenali penyanyi tersohor nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Nama besarnya gah seantero rantau Asia Tenggara terutamanya dikalangan peminat di Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.
Malah kelibatnya juga dikatakan menjadi idola dikalangan remaja yang menyimpan niat untuk menjadi artis. Begitulah besarnya nama insan yang bernama Siti Nurhaliza Taruddin.
Namun begitu, itu tidak menjanjikan kematangan fikiran dalam memperkatakan sesuatu perkara, terutamanya apabila melibatkan politik. Baru-baru ini, beliau dengan lantang mengkritik tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunus yang hadir dihadapan Pejabat Kerajaan Negeri di Shah Alam dengan hanya menggunakan tuala.
Bagi Siti, tindakan berkenaan tidak wajar kerana ia telah menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran Datuk Seri Jamal dalam menyuarakan bantahan. Agak melucukan apabila dalam reaksi balas Siti, beliau mendakwa telefon bimbitnya telah digodam oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Khalid sewaktu beliau meninggalkan telefonnya di rumah.
Sebenarnya, kita tidak perlu mengulas apa yang dizahirkan oleh Siti ini. Cuma, jika Siti cukup matang utuk menilai sesuatu perkara, beliau wajar melihat simbolik disebalik tidakan berani Datuk Seri Jamal.
Mungkin Siti terlalu sibuk untuk membaca akhbar atau menonton laporan berita yang disiarkan oleh saluran media arus perdana. Untuk pengetahuan Siti, Selangor telah berhadapan dengan krisis bekalan air kronik untuk kali ke 5 pada tahun ini.
Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal adalah simbolik kesengsaraan rakyat Selangor yang terpaksa berhadapan dengan masalah air buat kesekian kalinya. Atas nama perjuangan untuk rakyat, Datuk Seri Jamal sanggup mengadakan protes secara solo dihadapan pagar bangunan SUK berkenaan.
Adakah ini yang Siti sifatkan sebagai perbuatan dangkal dari ahli politik? Teringin juga untuk mengetahui, apa usaha Siti dalam menyuarakan masalah rakyat yang amat tertekan dengan masalah air? Cukupkah beliau hanya menyanyi dan bersenda gurau di akaun Twitter milik beliau disaat rakyat Selangor tertekan dengan masalah air?
Janganlah terlalu mudah ditenggelami dengan populariti yang beliau kecapi sepanjang bergelar anak seni. Paling utama, jika beliau lebih cenderung untuk berpolitik dan menyokong mentor dan idolanya, Tun Dr Mahathir, tinggalkan pentas seni dan ceburlah diri di dalam politik. Mudah bukan?
0 comments:
Post a Comment