My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 December 2016

    Pacu Syarikat Baru



    Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) bakal memperuntukkan RM15 juta bagi Dana Syarikat Perniagaan Baru (BSF) tahun depan yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh kira-kira lima syarikat berasaskan ekosistem teknologi dalam usaha menyokong perkembangan pemain perindustrian kecil dan sederhana (PKS) tempatan. 

    Setakat tahun ini, MTDC menerima 149 permohonan dengan RM126 juta diluluskan kepada 30 syarikat dan 23 daripadanya sudah menerima manfaat daripada dana berkenaan yang memperuntukkan maksimum sehingga RM5 juta bagi satu syarikat.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata, MTDC kini dalam proses mendapatkan lebih banyak penyertaan syarikat baru dalam bidang robotik dan automosi untuk menerima pembiayaan BSF.

    Beliau berkata, syarikat yang menerima dana berkenaan kebanyakannya terbabit dalam sektor pembuatan, elektrik dan elektronik, bioteknologi dan pertanian yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan pada masa depan.

    “Dana yang diperuntukkan kepada penerima perlu dibayar semula kepada pihak kami dalam tempoh lapan tahun termasuk tiga tahun kemudahan tidak perlu membayar ansuran.

    “Kemudahan dana yang disediakan MTDC membantu lebih banyak pemain PKS mengembangkan perniagaan mereka dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan baru dalam pasaran,” katanya pada pengumuman empat syarikat menerima BSF di sini, semalam.

    Empat syarikat itu ialah Techcapital Resources Sdn Bhd, Gremax Holdings Sdn Bhd, Ginger&Coconut Development Sdn Bhd (GCD) dan Cell Tissue Technology Sdn Bhd yang mana nilai keseluruhan dana diluluskan berjumlah RM18 juta.

    Norhalim berkata, dana itu juga membantu lebih banyak syarikat terbabit dalam industri robotik dan automosi bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos serta mengelak bergantung kepada pekerja asing.

    “Sehubungan itu, kita perlukan lebih banyak syarikat baru yang memiliki teknologi dipertingkatkan. Ia membolehkan mereka menjadi penyedia kepada industri pada kos lebih murah serta berkecekapan tinggi,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pacu Syarikat Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top