My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 December 2016

    Ini Bukan Perkara Main-Main - Jamal



    Awal pagi hari ini, insiden Ratu Naga disimbah dengan air kumbahan, tepung, telur dan kicap sewaktu tiba untuk mengadakan sidang media di hadapan rumah Datuk Seri Jamal Md Yunus, telah menjadi viral dilaman sosial Facebook dan applikasi Whatsapp.

    Sebelum ini, Ratu Naga dikatakan mahu menghantar bekalan air kerumah Datuk Seri Jamal setelah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkenaan mengadakan demonstrasi dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri, semalam.

    Namun, sebaik sahaja tiba bersama dua orang pengikutnya, Ratu Naga atau nama sebenarnya, Shahrul Erna Ema hanya membawa sebotol air mineral 1.5 liter. Hal ini telah membangkitkan kemarahan Datuk Seri Jamal yang pada pandangannya merupakan satu tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab oleh Ketua Biro Cyber PKR berkenaan.

    Ketika mengulas tentang insiden ini, Datuk Seri Jamal berkata, kehadiran Ratu Naga kekediamannya pagi ini seolah-olah menghina masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk sekitar kawasan perumahannya. Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Ratu Naga berkenaan sebagai biadab dan kurang ajar.

    Beliau berkata, apa yang dihadapi oleh penduduk negeri Selango ini bukan perkara main-main dan boleh dipolitikkan. Masalah bekalan air ini adalah masalah yang sudah berlarutan begitu lama dan yang menjadi mangsa adalah rakyat negeri Selangor itu sendiri.

    Justeru, beliau tidak faham di mana perlunya Ratu Naga mempermainkan masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor dan penduduk sekitar taman perumahannya. Sepatutnya, sebagai seorang penyokong tegar PKR, Ratu Naga pergi bertemu pemimpin PKR untuk membantu rakyat, bukan memperolokkan masalah rakyat.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Bukan Perkara Main-Main - Jamal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top