My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 22 December 2016

    Bayi Jadi Santapan Tikus Ketika Ibu Berpoya-Poya


    Tikus adalah sejenis mamalia yang boleh dianggap sebagai haiwan perosak di mana sahaja haiwan ini berada. Sudah menjadi stigma buat masyarakat bahawa tikus mampu membawa pelbagai jenis penyakit dan ada diantaranya tidak dapat diubati sehingga hari ini.

    Pada kebiasaannya, tikus yang biasa kita lihat tidaklah sebesar mana. Namun disebabkan pembiakannya yang pantas, ia kelihatan begitu banyak dan berada di mana-mana samada di restoran mahupun di rumah. Sehingga kini, banyak kematian telah dilaporkan hanya disebabkan haiwan kecil ini.

    Lihat sahaja apa yang berlaku di Johannesburg, Afrika Selatan. Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan menemui ajalnya akibat dimakan hidup-hidup oleh seekor tikus bersaiz gergasi selepas dia ditinggalkan di rumah bersendirian oleh ibunya yang keluar minum di sebuah bar.

    Lebih menyayat hati, kembar bayi perempuan berkenaan telah dibawa bersama oleh ibunya sewaktu sedang melepak di sebuah bar, tidak jauh dari kediaman mereka. Menurut seorang jiran yang melihat sendiri keadaan fizikal bayi perempuan berkenaan, dia tidak dapat membayangkan bagaimana seksanya bayi berkenaan sebelum menemui ajal.

    Menurutnya lagi, lidah, mata dan keseluruhan jari bayi malang berkenaan habis di makan oleh tikus gergasi berkenaan. Malah, seluruh tubuh badan bayi itu juga dipenuhi dengan kesan gigitan. Justeru, katanya, ibu bayi malang berkenaan wajar di penjarakan sehingga reput di atas kecuaiannya sehingga menyaksikan anaknya sendiri menjadi santapan buat seekor tikus bersaiz gergasi.

    Lucky, bayi malang berkenaan
    Sementara itu, menurut jurucakap polis Katlehong, Kapten Mega Ndobe mengesahkan pihak polis telah menahan ibu kepada bayi berkenaan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian malang berkenaan. Pihaknya juga mengesahkan bayi berkenaan maut setelah dimakan hidup-hidup oleh seekor tikus. Kes berkenaan akan mila dibicarakan pada bulan hadapan.

    Sebenarnya, kes ini bukan kali pertama dilaporkan di Afrika Selatan kerana pada 2011, Lunathi Dwadwa, tiga tahun, maut dimakan oleh tikus ketika tidur dilantai pondoknya, berhampiran Cape Town. Mayatnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan biji mata terjojol keluar disamping seluruh jari kanak-kanak berkenaan turut hilang dipercayai dimakan oleh tikus berkenaan.

    Pada tahun yang sama, seorang lagi bayi mati dimakan tikus di kediamannyadi Soweto ketika ibunya keluar berseronok bersama-sama rakannya. Sebulan sebelum itu, seorang nenek, Nomanthemba Joyi, 77 tahun turut mati selepas mukanya dimakan tikus ketika dia sedang tidur.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayi Jadi Santapan Tikus Ketika Ibu Berpoya-Poya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top