My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 25 December 2016

    Kemalangan Maut : SPAD Gantung Lesen Operasi Pengendali Bas




    Kali terakhir kita mendengar dan melihat sendiri kemalangan yang melibatkan bas ekspress adalah beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Julai lalu. Kemalangan melibatkan Qistina Ekspres yang merempuh 10 buah kereta di Terowong Menora, Perak cukup meninggalkan memori ngeri yang sukar untuk dilupakan.

    Namun, kemalangan yang berlaku di Kilometer 137.4 lebuhraya PLUS berhampiran Pagoh, 24 Disember yang lalu cukup mengerikan. Seramai 14 orang termasuk pemandu bas Ekspress berkenaan maut dan lebih menyedihkan, pemandu berkenaan dilaporkan terpaksa memandu sendirian dengan ditemani oleh anak dan isterinya tanpa pemandu kedua.

    Bertindak atas kemalangan ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah menggantung dengan serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) Sdn Bhd bersama kesemua bas di bawah pengendali itu, bagi menjalankan siasatan di dalam kejadian tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD, pihak berkenaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memberikan jaminan bahawa siasatan yang mendalam akan dijalankan ke atas tragedi ini.

    Pasukan tindakan kecemasan daripada pelbagai agensi Kerajaan telah membawa mangsa-mangsa terlibat ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. Berkuatkuasa pada hari ini, SPAD telah menggantung operasi syarikat bas terlibat sehingga siasatan dilengkapkan atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan bagi membantu siasatan agensi-agensi yang terlibat.

    Siasatan sedang diketuai oleh MIROS, manakala SPAD akan menyiasat perlanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). Keselamatan penumpang merupakan keutamaan terpenting dan di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.

    SPAD tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras bahawa pengendali yang gagal mematuhi keperluan keselamatan akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan.

    Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Lesen Pengendali dan permit pengendali yang didapati telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemalangan Maut : SPAD Gantung Lesen Operasi Pengendali Bas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top