My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 22 December 2016

    Kabinet Dah Lulus



    Kabinet sudah meluluskan hasrat Malaysia untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Iran yang menjadi sebahagian usaha mempelbagaikan dagangan negara ini. 

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berikutan potensi dagangan dengan Iran sememangnya besar bagi bidang seperti minyak dan gas serta minyak sawit, terutama selepas penarikan balik sekatan antarabangsa terhadap Tehran pada Januari lalu.

    “Minyak sawit misalnya membabitkan tarif amat tinggi di Iran iaitu 40 peratus. Menerusi FTA ini, kita berharap duti import itu dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan eksport minyak sawit negara.

    “Sehubungan itu, amat penting bagi kita merebut peluang daripada ekonomi Iran berikutan ramai pelabur asing berminat untuk melabur di negara yang kaya hasil minyak itu,” katanya pada majlis makan tengah hari bersama media di sini, semalam.

    Iran antara pengeluar minyak terbesar dunia dengan pengeluarannya mencecah 3.8 juta tong sehari yang berpotensi dipertingkatkan kepada 4.8 juta tong sehari dalam beberapa tahun akan datang. Malah, pertumbuhan ekonomi Iran juga memiliki potensi besar berikutan kelebihan bilangan penduduknya yang ramai berbanding negara lain di Asia Barat.

    Pada 2015, jumlah dagangan dua hala Malaysia-Iran susut kepada AS$700 juta berbanding tahun sebelumnya berikutan pelaksanaan sekatan antarabangsa ke atas negara itu. Selepas sekatan itu ditamatkan, jumlah dagangan dua hala itu melonjak 22.7 peratus kepada RM1.32 bilion pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM1.07 bilion bagi tempoh sama, tahun lalu.

    Selain Iran, Mustapa berkata, Malaysia juga berkemungkinan besar memuktamadkan FTA dengan Sri Lanka, tahun depan. Mengulas prestasi dagangan secara menyeluruh, beliau berkata, 2016 terbukti menjadi tahun getir bagi Malaysia dengan pertumbuhan negara berkemungkinan menyederhana dan di bawah paras sasaran 2.0-3.0 peratus yang ditetapkan bagi tahun itu.

    “Berdasarkan angka bagi 10 bulan pertama ini, kita masih belum mencecah sasaran 2.0-3.0 peratus berkenaan. Ia (pertumbuhan) amat kecil,” katanya.

    Bagi prospek masa depan, beliau optimis ekonomi global akan pulih sedikit pada 2017 biarpun cabaran tetap ada dan Malaysia tidak terkecuali mengalaminya. Beliau turut menjangkakan perdagangan Malaysia akan mencatat peningkatan kecil pada tahun depan dengan usaha promosi dan aktiviti lebih bertumpu kepada ASEAN yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kabinet Dah Lulus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top