My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 21 December 2016

    Aplikasi 2GO Bantu Pemandu Teksi



    Cab Auto Bus Sdn Bhd (CAB) menyasarkan 40,000 pengguna akan memuat turun aplikasi e-tempahan teksi, 2GO menjelang tahun depan berbanding 3,000 pengguna sekarang. 

    Pengerusi Eksekutif CAB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, CAB adalah syarikat tempatan pertama yang dianugerahkan dengan status MSC dalam mengamalkan konsep e-hailing (e-panggilan).

    Katanya, aplikasi 2GO dibangunkan khusus sebagai usaha membantu perkembangan sosioekonomi pemandu teksi negara dan dapat bersaing mencari nafkah melalui teknologi terbaru 2GO.

    “Industri teksi negara dianggarkan lebih RM2 bilion setahun dan CAB berazam membantu industri ini serta memberi peluang untuk mengembalikan imej mereka sekali gus memberi keyakinan baru kepada orang ramai serta pelancong.

    “Setakat ini, aplikasi 2GO mempunyai dua modul utama yang baru dilaksanakan iaitu ‘2GO Personal dan 2GO Official’ yang mana ia adalah aplikasi penempahan teksi secara online,” katanya di majlis pelancaran 2GO di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aplikasi 2GO Bantu Pemandu Teksi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top