My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 December 2016

    Lembaran Baru Sistem Pengangkutan Rel Malaysia





    Seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah pada awal bulan lalu, Sistem Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) laluan pertama Sungai Buloh-Kajang (SBK) bakal dirasmikan hari ini dan bakal memulakan operasinya pada keesokan harinya.

    Dahulu, tiada siapa dapat menduga bahawa Malaysia mampu membangunkan sendiri sistem pengangkutan relnya. Bermula dengan jaringan LRT, kini, negara bakal menyaksikan lembaran baru sistem pengangkutan rel apabila sistem ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Untuk melicinkan operasi MRT ini, sebanyak 112 bas perantara disediakan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk fasa satu iaitu dari stesen Sungai Buloh hingga Semantan. Malah, menurut Mohd Azharuddin lagi, laluan bas akan melalui kawasan perumahan sekitar 10 kilometer dari setiap stesen MRT.

    Lebih menarik lagi, bas pengantara untuk ke KL Sentral yang frekuensinya 10 hingga 15 minit setiap perjalanan, malah caj hanya RM1 kesemua lokasi yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pihak SPAD sentiasa memandang positif dengan perkembangan MRT dan dengan pembukaan perkhidmatan itu penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat menikmati rangkaian baharu bas.

    Apa yang menarik untuk diperkatakan tentang sistem MRT ini, ianya adalah hasil daripada tangan anak Malaysia sendiri samada dari segi pembangunan tren, pembinaan laluan dan stesyen dan pelbagai lagi gerak kerja hasil daripada pertukaran teknologi yang dilakukan.

    Apa yang diharapkan oleh pihak SPAD adalah mampu untuk mengurangkan kemasukan kenderaan persendirian ke Bandaraya Kuala Lumpur. Lebih utama, keselesaan dan keselamatan penumpang menggunkan sistem pengangkutan ini amat dititik beratkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lembaran Baru Sistem Pengangkutan Rel Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top