Semasa berita kenaikan harga minyak antara RM 0.20 sen hingga RM 0.25 sen di keluarkan, hampir seluruh rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk menyambut tahun baru 2017. Ianya seolah-olah langsung tidak mengganggu persiapan majoriti rakyat Malaysia untuk menyambut kedatangan tahun baru ini.
Ketika melakukan tinjauan di ibu negara Kuala Lumpur awal malam semalam, kebanyakan jalanraya di ibu negara sudah mula mengalami kesesakan lalu lintas di lokasi-lokasi utama. Antaranya sepanjang jalan menuju ke KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan beberapa lagi lokasi tumpuan orang ramai untuk menyambut tahun baru.
Di KLCC contohnya, ribuan orang hadir menyambut detik 12 tengah malam sebagai menaandakan tahun baru 2017. Di Menara Kuala Lumpur, ratusan orang sanggup berbaris panjang untuk menaiki menara berkenaan sejak dari jam 8 malam.
Tiket yang ditawarkan untuk menikmati keindahan malam tahun baru di Menara Kuala Lumpur boleh tahan harganya. Dengan mengenakan harga RM 98 untuk dewasa dan RM 78 untuk kanak-kanak, nyata ia bukan penghalang buat pengunjung untuk membayar dan menikmati malam tahun baru di lokasi tertinggi di Kuala Lumpur
Menariknya, seawal pagi tahun baru, kita boleh melihat, begitu banyak status yang dimuat naik oleh mereka yang majoritinya mempunyai sekurang-kurangnya sekeping gambar selfie malam tahun baru, menyuarakan kesusahan mereka apabila melihat harga pasaran minyak untuk bulan Januari 2017.
Masing-masing menyifatkan kenaikan harga pasaran minyak ini sebagai melampau dan menekan mereka. Persoalannya, pada malam semalam, tidakkah mereka menghiraukan segala kos yang mereka keluarkan hanya untuk menikmati sambutan Tahun Baru yang hanya dapat dinikmati sekitar 20 hingga 30 minit sahaja?
Kenapa pula selepas tersedar harga pasaran minyak petrol dan diesel naik, baru mereka mengeluh di dalam akan media sosial masing-masing? Tidak pula mereka berkira untuk berbelanja sekitar RM 300 untuk satu malam dan akan mula menjadi akauntan tiddak diiktiraf apabila bercerita tentang harga minyak?
Lebih melucukan, ada diantara mereka mula mengatakan, kerajaan tidak prihatin dengan bebanan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak untuk ke sekolah. Agak menghairankan, bukankah kelengkapan persekolahan anak-anak sepatutnya sudah disediakan pada bulan Disember pada harga minyak RM 1.90 seliter?
Kenapa apabila harga minyak sudah meningkat, secara tiba-tiba mengeluh kerajan tidak prihatin dan sebagainya? Sepatutnya untuk mereka yang berakal, apabila harga minyak turun, itulah masa untuk bergerak lebih jauh untuk menguruskan segala hal. Apabila harga minyak naik, inilah masa untuk berjimat cermat.
Sebagai rangkumannya, rakyat Malaysia yang terlalu banyak merungut ini sebenarnya mahukan harga minyak RM 0.50 seliter dengan segala keperluan hidup dibekalkan terus oleh kerajaan di hadapan pintu rumah mereka. Jika disuruh berusaha lebih, mereka katakan, tidak mampu, tetapi mentaliti, semuanya mahukan secara percuma atau diberi subsidi.
Inilah mentaliti yang telah menghancurkan ekonomi Venezuvela, Greece dan beberapa buah negara yang lain. Semaju-maju negara Jepun, rakyatnya masih perlu bekerja kuat untuk meraih pendapatan tanpa mengharapkan bantuan terus dari kerajaan. Tapi bagi segelintir rakyat Malaysia terutamanya penyokong pembangkang, apa yang mereka mahukan ialah, semua barang percuma dengan harga yang amat-amat rendah.
0 comments:
Post a Comment