My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 1 January 2017

    Myanmar Dikecam Lagi




    Lebih 12 penerima Hadiah Nobel termasuk Ketua Biskop Desmond Tutu dan Malala Yousafzai mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin supaya menamatkan penghapusan etnik dan jenayah kemanusiaan di Negeri Rakhine, Myanmar. 

    Sekurang-kurangnya 86 orang maut sejak tentera Myanmar me­lancarkan ope­rasi ketentera­an di Rakhine susulan serangan ke atas pos kawalan polis berhampiran sempadan Bangladesh pada 9 Oktober lalu. Kerajaan Myanmar menyalahkan etnik minoriti Islam Rohingya kerana didakwa menyokong militan asing melancarkan serangan itu yang meragut nyawa sembilan anggota polis.

    Majoriti rakyat Myanmar menganut agama Buddha. Lebih 30,000 orang melarikan diri ke Bangladesh, manakala keganasan di Rakhi­ne kembali mengundang kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Aung San Suu Kyi yang didakwa gagal membantu etnik Rohingya di Myanmar. Penduduk Islam Rohingya juga dinafikan hak kerakyatan di negara itu.

    Dalam surat terbuka kepada Majlis Keselamatan, Tutu bersama 22 yang lain termasuk pemenang Nobel Keamanan, Jose Ramos-Horta dan Muhammad Yunus berkata, pembersihan etnik sedang berlaku di Myanmar.

    “Jika kita gagal bertindak, penduduk Rohingya akan mati kebuluran sekiranya mereka tidak dibunuh,” kata surat tersebut.

    Menurutnya, keganasan di Rakhine setara dengan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1994 dan pembersihan etnik di Wilayah Darfur, Bosnia Herzegovinia serta Kosovo. Kumpulan penerima Hadiah Nobel itu berkata, sekiranya benar kumpulan pejuang Ro­hingya menjadi dalang sera­ngan pada 9 Oktober lalu sekalipun, tindak balas tentera adalah keterlaluan.

    “Tindakan menahan, menyoal siasat dan mendakwa suspek boleh diterima,” kata surat itu. "Namun perbuatan tentera mengerahkan me­nembak orang awam, merogol wanita Rohingya dan mencampakkan bayi mereka ke dalam api adalah kejam” tambah mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Myanmar Dikecam Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top