Pertemuan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dengan kerajaan negeri Kelantan yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan pada 4 Januari ini. Sumber KAFA berkata, penangguhan itu berikutan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu memberi keutamaan kepada mangsa banjir.
"Kita terpaksa tangguhkan pertemuan pada hari ini memandangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu memberi keutamaan kepada mangsa banjir. Kita faham dengan situasi ini dan berharap pada pertemuan 4 Januari nanti mendatangkan keputusan positif kepada KAFA," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Ab Fattah Mahmood dipetik berkata, keputusan akan dibuat selepas perbincangan antara KAFA dengan Menteri Besar Kelantan pada tarikh berkenaan.
Katanya, melalui perbincangan itu, kerajaan negeri akan memperoleh gambaran lebih jelas berhubung kemelut melanda KAFA sehingga mahu menarik diri dari Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
0 comments:
Post a Comment