My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 5 March 2017

    Hebat Sangatkah Siti Kassim Mahu Berdebat Dengan Zakir Naik?



    Seperti mempunyai magnetnya sendiri, antara negara yang cukup diminati untuk disinggahi oleh penceramah terkenal dunia, Ustaz Zakir Naik adalah Malaysia. Tahun lalu sahaja, lebih dua kali beliau singgah di Malaysia untuk memberikan ceramah agama beliau dan ianya mampu menarik kehadiran sehingga puluhan ribu orang.

    Manakan tidak, sikap beliau yang mudah mesra disamping penerangan tentang Islam yang mudah difahami, mampu menarik ramai orang menghadiri ceramahnya. Malah, keterbukaan beliau menjawab apa sahaja kemusykilan yang timbul termasuk berbicara tentang agama lain, cukup menarik minat orang ramai mendengarnya.

    Kemana sahaja beliau pergi diserata dunia, pasti akan ada soalan-soalan dari mereka yang bukan Islam yang mahu melihat kemampuan beliau menjawab sebarang kemusykilan agama termasuk mahu melihat kebenaran Islam itu sendiri. Sehingga hari ini, beliau mampu menjawab apa sahaja soalan walaupun ada ketikanya dilihat agak kontroversi.

    Namun begitu, kehadiran beliau di Malaysia kali ini mendapat sedikit tentangan dari mereka yang pada kad pengenalannya tertera perkataan Islam, tetapi perilakunya tidak menggambarkan Islam yang tertera di kad pengenalannya.

    Hangat di perkatakan kini, seorang aktivis masyarakat yang berketurunan Orang Asli, Siti Kassim yang dikatakan cukup menentang kemasukan Ustaz Zakir Naik ke Malaysia bagi menyampaikan ceramahnya. Siti Kassim mendakwa, caramah Ustaz Zakir mampu menimbulkan ketidak teraman rakyat Malaysia dan di khuatiri membiakkan ekstrimis di dalam negara.

    Mengambil kira kecaman rakyat Malaysia terhadapnya, secara tiba-tiba Siti Kassim menukar rentaknya untuk mencabar Ustaz Zakir berdebat berhubung agama Islam bersama-sama seorang lagi perempuan Melayu yang diketahui ramai sebagai Asiah Abdul Jalil.

    Persoalannya, layakkah mereka berdua mahu mengadakan debat sebegini kerana jika dinilai dari luaran, mereka sendiri meninggalkan syariah Islam dalam kehidupan sehariannya. Jika Siti Kassim mendakwa apa yang dilakukan olehnya untuk umat Islam yag liberal, persoalannya, adakah mengenakan baju sehingga menampakkan separuh buah dadanya itu melambangkan Islam?

    Bagaimana pula dengan kelancangan mulutnya menghentam penggubalan Akta Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang dianjurkan oleh Sinar Harian sehingga mengundang kecaman ramai umat Islam? Bagaimana pula penghinaannya terhadap hukum hudud yang sememangnya sudah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran?

    Tidak salah untuk berdebat tapi jika dinilai dari zahiriah orang-orang seperti Siti Kassim mahupun Asiah, bolah dianggap ianya sebagai usaha mereka berdua untuk mencari glamor dan menyerlahkan kejahilan mereka dalam agama. Bayangkan, di Malaysia satu-satunya negara di mana Ustaz Zakir Naik terpaksa berdebat dengan umat Islam itu sendiri bagi menerangkan apa itu Islam.

    Sehingga kini, menerusi satu status yang dimuat naik oleh Ustaz Fathul Bari dalam laman sosial Facebooknya baru-baru ini, dikatakan, UUstaz Zakir Naik sudah menyatakan kesanggupannya untuk berdebat dengan dua orang wanita ini. Dikatakan, Siti Kassim meminta ianya diadakan di tempat terbuka dengan hadirin tidak kurang dari 20 ribu orang hadirin.

    Apa tujuan Siti Kassim mengadakan syarat sedemikian? Bukankah ianya dilihat sebagai satu modal buat Siti Kassim mencari glamor murahan bagi memperkenalkan dirinya sebagai aktivis kemasyarakatan? Bagi umat Islam yang mempunyai akal, pasti akan menyatakan, tindakan Siti Kassiim dan Asiah ini seperti seorang dungu mencari glamor dengan cara mudah!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hebat Sangatkah Siti Kassim Mahu Berdebat Dengan Zakir Naik? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top