My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 2 March 2017

    Payahnya Bila Mendapat Presiden Bersifat Perkauman Seperti Trump



    Sudah 40 hari, Donald Trump menjejakkan kakinya ke White House. Selama itulah pelbagai kontroversi ditimbulkan Trump yang ada kalanya dilihat sama seperti apa yang beliau lakukan dalam rancangan realiti yang diterbitkannya, The Appereantice. Ada sahaja kenyataan kontroversi yang dibuatnya sehingga menyebabkan, untuk hari ke 40, tunjuk perasaan masih berlaku di New York.

    Tidak diketahui samada latar belakang Trump adalah seorang anggota Ku Klux Klan, satu pergerakan yang mendewakan warna kulit di Amerika. Gerakan ini kerap kali mendakwa, warga kulit putih Amerika adalah warga teragung dan memandang rendah kulit hitam dan menolak sepenuhnya warga lain selain daripada Amerika.

    Ini kerana, untuk kali ke 4 sepanjang 40 hari beliau menduduki kerusi kuasa besar dunia berkenaan, beliau menuduh Barrack Obama adalah pencetus kepada tunjuk perasaan yang kini sudah memasuki hari ke 40 diadakan di Amerika.

    Beliau berkata, Obama atau pegawainya adalah individu yang bertanggungjawab membocorkan rahsia White House kepada umum sehingga perancangannya untuk menyekat kemasukan warga asing terutamanya umat Islam dan mereka yang berketurunan Mexico ke Amerika diketahui lebih awal oleh para penunjuk perasaan.

    Apa yang menariknya, sebaik sahaja Obama melangkah keluar dari White House, semua pegawai yang pernah berkhidmat dengannya termasuk anggota National Security of America (NSA) yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Presiden, turut sama mengikut jejak langkahnya bagi membolehkan Trump mentadbir Amerika dengan gayanya sendiri.

    Tidak cukup dengan itu, dasar terlalu takut dengan bayang-bayangnya sendiri turut kekal menghantui pemerintahan Trump sehingga boleh dikatakan beliau akan mengecop setiap seorang warga asing dari Asia Barat dan Mexico sebagai perosak utama Amerika Syarikat. Sehinggakan, beliau begitu cepat menunding jari kepada umat Islam sekiranya berlaku sebarang keganasan samada dari dalam mahupun luar Amerika.

    Inilah corak pentadbiran Trump sekarang. Hari ini, satu persatu sekutu yang pernah rapat dengan Amerika sudah mula menjauhkan diri dengan Amerika. Di Britain sebagai contoh, salah seorang Ahli Parlimennya menyifatkan pentadbiran Trump jauh lebih merbahaya berbanding ancaman yang pernah mereka hadapi melalui Al Qaeda.

    Ini kerana, katanya, Trump telah mewujudkan satu sentimen baru kebencian terhadap Barat dikalangan para pengganas dan ianya dilihat sebagai ancaman terbesar warga Barat. Kanada pula, negara yang berjiran dengan Amerika menyifaatkan, Amerika telah memasang bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.

    Menariknya, salah satu lubuk untuk seseorang Presiden Amerika meraih sokongan, Hollywood juga dilihat sudah mula menentang Trump. Lihaat sahaja semasa Anugerah Academy Award baru-baru ini di mana majoriti artis yang hadir mengenakan riben biru sebagai tanda penentangan mereka terhadap dasar Trump yang disifatkan sebagai anti sematik dan perkauman.

    Apa yang akan jadi pada masa depan Amerika di bawah Trump, masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, jika mengambil kira pandangan Kanada dalam isu ini, dakwaan Trump telah mewujudkan kumpulan yang telah memasang bom jangka dan hanya menunggu detik sesuai untuk diletupkan, ada asasnya. Hanya masa menentukan sama dasar Trump ini berjaya ataupun tidak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Payahnya Bila Mendapat Presiden Bersifat Perkauman Seperti Trump Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top