My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 2 March 2017

    Datuk Tergamak Cabul Cucu Tiri



    Harapkan pagar, pagar makan padi apabila seorang lelaki bertindak mencabul kehormatan cucu tiri berusia lima tahun. Kejadian didakwa berlaku pada 4 Februari lalu di sebuah rumah di Pujut Corner di sini.

    Ketua Polis Daerah Miri ACP Khoo Leng Huat dalam kenyataan medianya semalam mengesahkan bahawa polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini. Terdahulu katanya, pada 14 Februari lalu, ibu mangsa yang berusia 21 tahun membuat aduan di Balai Polis Pusat Miri.

    Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 7 pagi hari sama, dia dimaklum oleh anak perempuannya yang berusia lima tahun bahawa dia (mangsa) mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya.

    “Pengadu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati ada kesan kemerahan di kemaluan mangsa. Apabila ditanya, mangsa memberitahu bahawa datuknya (suspek) ada memasukkan jari ke dalam bahagian sulitnya,” katanya.

    Bertindak atas maklumat diterima, pada jam 7.30 malam, 28 Februari lalu, sepasukan polis diketuai Inspektor Chalart berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di hadapan sebuah kafe di Pusat Komersil Boulevard di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

    Hasil siasatan awal polis kata Khoo, mendapati mangsa anak tunggal perkahwinan pertama pengadu dan tinggal bersama nenek serta suspek di sini. Manakala pengadu dan suaminya tinggal di Batu Niah. Pada 5 Februari lalu, pengadu dan suaminya berpindah balik ke sini dan tinggal semula bersama ibu, anak dan bapa tirinya.

    Sehubungan itu kata Khoo, suspek yang merupakan datuk tiri kepada mangsa kini ditahan lanjut untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana disyaki mencabul. Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datuk Tergamak Cabul Cucu Tiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top