Skuad gergasi Amerika Selatan, Argentina terpaksa bangkit daripada ketinggalan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 ketika seri 1-1 menentang Venezuela awal pagi semalam.
Keputusan tersebut menyaksikan peluang skuad kendalian Jorge Sampaoli itu untuk layak ke kejohanan bola sepak terbesar dunia yang bakal berlangsung di Rusia masih samar selepas gagal meraih tiga mata penuh.
Ia sekali gus meletakkan Argentina di kedudukan kelima di belakang Peru, Colombia, Uruguay dan Brazil ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan dan mereka dijadualkan menentang Peru dan Equador bulan depan.
“Saya sangat kecewa apabila kami membiarkan Venezuela mendapatkan rentak pada awal saingan dan meraih gol pembukaan yang menyukarkan keadaan kami. Bagaimanapun selepas gol penyamaan, kami meraih beberapa peluang tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh pemain.
“Saya akui inilah lumrah bola sepak. Apa yang pasti, satu mata adalah lebih baik berbanding tewas dan saya akan terus bekerja keras untuk membawa kami layak secara automatik ke Piala Dunia tahun depan,” kata Sampaoli.
Argentina hanya akan meraih slot play off sekiranya mereka kekal di tangga kelima selepas pusingan kelayakan tamat dan dijadualkan bertemu dengan New Zealand yang menjuarai zon Oceana. –
0 comments:
Post a Comment