My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 7 September 2017

    Seorang Isteri, Lapan Suami



    Polis Thailand memburu seorang wanita yang didakwa berkahwin dengan sekurang-kurangnya lapan lelaki sebelum menghilangkan diri dengan wang hantaran. Jariyaporn Buayai, 32, atau dikenali sebagai Nammon diburu selepas lapan lelaki membuat laporan polis mendakwa bekas isteri mereka menghilangkan diri selepas beberapa hari berkahwin. 

    Semua mangsa memberitahu mereka membayar wang hantaran berjumlah 200,000 baht (RM25,611) hingga 500,000 baht (RM64,021) ketika berkahwin. Seorang mangsa, Prasarn Tiamyam, 32, membuat laporan polis kelmarin mendakwa bekas isterinya menghilangkan diri selepas empat hari mereka berkahwin.

    Katanya, dia menyedari ditipu baru-baru ini selepas terbaca satu kenyataan di Facebook memberi amaran kepada lelaki supaya berhati-hati dengan seorang wanita yang menipu untuk mendapatkan wang hantaran.

    “Saya berkenalan dengan Nammon pada Februari 2015 dan berkahwin dengan wanita itu sembilan bulan kemudian selepas dia mendakwa hamil. Selepas empat hari berkahwin Nammon menghilangkan diri dan tidak lama selepas itu meminta cerai dengan alasan dia keguguran,” katanya. 

    Seorang lagi mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berkenalan dengan Nammon di Facebook dan memindahkan wang hantaran 500,000 baht ke akaun bank wanita itu pada Februari lalu. “Bagaimanapun, dia enggan melangsungkan perkahwinan dengan alasan tukang tilik memberitahu tahun ini adalah tempoh malang untuk berkahwin,” jelasnya.

    Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Wichit memberitahu, dia berhubung dengan tujuh lagi mangsa penipuan wanita itu dan berpakat membuat laporan polis. Dia juga percaya mangsa wanita itu mungkin lebih ramai lagi kerana ada laporan dia berkahwin dengan lima lelaki pada Ogos lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Seorang Isteri, Lapan Suami Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top