My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 September 2017

    Wanita Dirompak Di Kedai Dobi



    Seorang pengarah wanita sebuah syarikat swasta kerugian kira-kira RM15,000 apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah kedai dobi layan diri di Fasa 8, Taman Sri Gombak di sini Jumaat lalu. 

    Dalam kejadian pada pukul 11.32 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun bersama anak lelakinya sedang membasuh pakaian di kedai dobi itu sebelum didatangi tiga suspek tersebut.

    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai merupakan warga tempatan. “Suspek bertindak me­larikan telefon bimbit, barang kemas, dokumen pengenalan diri dan wang tunai berjumlah RM1,100.

    “Kerugian dianggarkan bernilai RM15,000 dan usaha mengesan suspek masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Ke­seksaan kerana samun berkumpulan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Dirompak Di Kedai Dobi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top