My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 September 2017

    Dijel Angkara Jual Telur Penyu



    Tiga lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menjual telur penyu secara haram di kawasan bandar pada 7 Ogos lepas. 

    Abdul Rasah, 60, Alkubar Hamjan, 33, dan Abdul Rahman Ebnul, 34, masing-masing dihukum penjara selama setahun, 14 bulan, dan 20 bulan bermula semalam.

    Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menjatuhi hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh mengaku salah dan mengambil kira faktor kepentingan awam serta implikasi penjualan telur penyu boleh menyebabkan kepupusan spesies penyu hijau.

    Beliau turut memerintahkan Abdul, Alkubar dan Abdul Rahman yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dijel Angkara Jual Telur Penyu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top