My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 September 2017

    Pelakon Pak Jabit Sudah Tiada



    Pelakon komedi, Man Kadir yang popular dengan watak Pak Jabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini, kira-kira pukul 7.10 pagi tadi. 

    Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya.

    Allahyarham yang turut dikenali dengan nama Man Kadir Shamsi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang di sini, selepas solat zohor hari ini.

    Man Kadir terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelakon Pak Jabit Sudah Tiada Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top