My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 6 September 2017

    Mahathir Sudah Hilang Hak Untuk Membicarakan Hal Ehwal Orang Melayu



    Sejak akhir-akhir ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad di lihat gemar memperkatakan tentang hal ehwal orang-orang Melayu. Jika sebelum ini dia mendakwa orang Melayu telah mempergunakannya, hari ini, nadanya sudah berlainan.

    Dalam satu program yang dianjurkan oleh sebuah portal pro pembangkang yang bertajuk ‘Insight Talk Saving Malaysia: Friends and Foes’, dia mendakwa, orang melayu masih diselubungi ketakutan kerana mereka takut akan negara dan tanahair mereka ini dikuasai oleh orang asing.

    Persoalannya hari ini, layakkah lagi Mahathir membicarakan tentang hal ehwal orang-orang Melayu setelah pengkhianatan yang dia lakukan sejak 2014 yang lalu? Adakah layak buat seorang yang diragui keturunannya samada dia orang Melayu atau tidak, bercakap tentang permasalahan orang Melayu?

    Mahathir harus akui bahawa sejak 1946, hanya UMNO yang benar-benar serius memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini. Mahathir juga harus akui bahawa menerusi UMNO, kekuasaan kaum Melayu kekal berada di tempat yang sepatutnya di mana kekuasaan ini juga disokong penuh oleh parti-parti bangsa lain demi memastikan Malaysia kekal aman dan makmur.

    Lihat sahaja apa yang berlaku di dalam Pakatan yang dipengerusikan oleh Mahathir hari ini. Sehingga hari ini, tidak diketahui siapakah yang bakal diletakkan sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak. Ianya seolah-olah hanya menunggu, parti mana yang memperolehi majoriti tertinggi. Sekiranya parti itu mempunyai majoriti tertinggi, maka parti itulah yang akan mengetuai negara.

    Hal ini tidak berlaku di dalam Barisan Nasional. Menerusi konsesus yang di terima pakai sejak tertubuhnya Perikatan pada tahun 1955, UMNO kekal sebagai parti tunjang yang akan memastikan nasib kaum Melayu kekal terbela dan kuasa mentadbir negara kekal di tangan kaum Melayu. Adakah ini fakta yang cuba dinafikan Mahathir?

    Tidak wujud akan istilah menyemai ketakutan di kalangan kaum Melayu kerana orang Melayu sendiri sedar bahawa negara ini perlu ditadbir oleh orang Melayu yang faham akan erti dan keperluan orang Melayu itu sendiri. Ini bukanlah ancaman kepada rasisme. Ini adalah hakikat yang telah dan sedang berlaku hari ini.

    Mungkin Mahathir sendiri lupa bahawa hasil daripada kesepakatan kaum Melayu itu sendirilah yang pernah meletakkan namanya sebagai Perdana Menteri keempat. Hasil daripada kesepakatan kaum Melayu itu sendirilah yang telah meletakkan dia sebagai Presiden buat parti Melayu walaupun keturunan dia sendiri diraagui. Adakah Mahathir cuba menafikan hakikat ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahathir Sudah Hilang Hak Untuk Membicarakan Hal Ehwal Orang Melayu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top