Justeru, sebagai sebuah parti paling utama di dalam Pakatan Harapan, sudah semestinya segala perjalanan parti berkenaan akan ditentukan atau harus mendapat perkenan DAP terlebih dahulu. Malah, Lim Kit Siang yang kini dianggap sebagai pencatur hala tuju Pakatan Harapan juga harus bersetuju dengan apa jua cadangan dari mana-mana parti gabungan yang lain.

Malah, ada juga pengumuman dibuat pada keesokan harinya seolah-olah memerlukan persetujuan seseorang yang berada di belakang tabir. Jika kita lihat keadaan ini, samalah ertinya apabila kita menjangkakan, gabungan PPBM, PAN dan PKR ini tidak akan mampu mara lebih jauh sekiranya DAP tidak merestui apa jua pelan yang mereka raih hasil daripada mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Harapan.

Setiap keputusan yang diraih akan dihebahkan kepada umum dan diaplikasikan di dalam kesemua parti yang menganggotai Barisan Nasional. Bukankah ini satu gerak kerja yang tersusun tanpa perlu mendapat perkenan mereka yang berada di belakang tabir seperti DAP?
0 comments:
Post a Comment